Saturday, May 1, 2010

Cinta oh cinta.....



Ya Allah, aku diuji dengan ramai lelaki...Dari sekolah hingga sekarang. Sampai bila harus aku diuji dengan kaum adam ini?. Aku tertanya-tanya kepada diriku sendiri. Apa yang membuatkan kaum adam tertarik kepadaku.Aku bukan suka berkawan dengan kaum adam ini..Ahh, apa yang mereka mahu sebenarnya?.


Tba-tiba aku berubah, aku mula rasa seronok apabila diminati. Banyak surat-surat cinta dan hadiah yang aku terima tanpaku pinta. Hari-hariku bertambah ceria. Aku hanyut dibuatimimpi. Kata-kata manis yang diucapkan oleh lelaki sangat manis bak madu. Tapi kerana sifat maluku, aku tidak membalas surat cinta itu.


Tibalah satu saat yang memberi aku satu pengajaran dalam hidup.

Selepas SPM, aku mendapat tempat di sebuah universiti tempatan. Pertama kali aku menjejak kaki di situ, semagat berkobar-kobar berada di dalam diriku.
Maklumlah, aku mendapat course yang aku minati..tapi inilah kali pertama aku berpisah dengan ibu dan keluargaku. Tidak pernah aku berpisah dengan mereka
sebelum ini.Dahulu kemana aku pergi pasti aku akan bersama ibu dan adik-beradikku. aku bukan seorang yang suka berkawan dan bercakap. Bagiku diam adalah lebih baik daripada berkata-kata.Hidup di universiti ini membuatkan aku mendapat kejutan budaya!!.

Hampir setiap hari aku menangis kerana tidak dapat menyesuaikan diri di sini. Dengan takdir Allah, muncullah seorang lelaki dalam hidupku. Lelaki ini hadir ketika aku memerlukan seseorang iaitu ketika aku menghidapi demam panas. Dia membantu aku membeli ubat. Sejak dari itu, aku mula berkawan dan terdapat kawan aku yang menyokong aku untuk bercinta dengannya.pada mulanya,aku gelak dengan pandangan kawan aku itu. Mana mungkin aku bercinta dengan dia.

Setiap perkara yang diucapkan adalah satu doa.Entah bagaimana aku mula jatuh hati kepadanya dan begitulah si dia. Setiap hari berlalu dengan ceria. Aku satu course dengan si dia. Belajar, makan dan ke kuliah bersama-sama. Aku gembira kerana ada teman.Gosipku bertambah hebat dalam golongan kawan-kawan dan pelajar-pelajar di universiti ini. Aku bertambah lalai bersama si dia.

Satu hari, hatiku resah tidak tahu kenapa???.Puas aku mencari jawapan. Tiba-tiba aku menjejak langkah ke surau. Selepas solat aku, mendengar tazkirah dari seorang akak. Aku mula tertarik dengan ungkapan "cinta Allah".Aku kusyuk mendengar tazkirah itu. Aku merasakan seolah hilang sesuatu. Aku fikir, cinta dengan manusialah membuatkan aku semakin lalai.

Selepas 4 bulan kami bercinta, aku minta putus dengannya kerana aku ingin kembali kepada diriku yang asal. Aku rindu pada sifat maluku dan penghayatan diriku tentang islam. Tapi si dia mempunyai persepi yang aku ada lelaki lain sehingga aku minta putus dengan si dia. Aku semakin geram dengannya. Si dia mula marah dan sering meneking aku setiap hari. Aku bertambah rimas. Aku mencari pelbagai jalan untuk melepaskan diri daripada si dia.Tetapi tidak berjaya.

satu hari aku mematikan telefonku, aku tidak menjawab mana-mana panggilan yang aku terima melainkan panggilan itu dari ahli keluargaku. Aku selalu bergaduh dengan si dia.

Dengan takdir Allah, segala peragainya telah aku ketahui. Aku berdebat dengan si dia. Aku tidak hiraukan tangisan si dia. aku tekad ingin putus dan kembali kepada diriku yang asal. Akhirnya dia terpaksa akur dengan diriku..

selepas itu, aku merasakan satu pembebasan dan hatiku tenang. sejak dari peristiwa itu, setiap lelaki yang hadir dalam diriku, aku jual mahal. aku mendapat idea untuk menyatakan diri ini sudah berpunya. bukan untuk tipu tapi adalah satu helah untuk menlarikan diri daripada si lelaki ini. kini aku bahagia dengan hidupku.

sesungguhnya betullah bahawa cinta Allah adalah cinta yang lebih membahagiakan untuk hati ini. kemana sahaja kupergi akan ku rasa seolah-olah ada yang melihat...

No comments:

Post a Comment