Saturday, May 1, 2010

Hargailah semasa dia masih ada


Ayah..Asrar sayang ayah..sayyyaaannngg aaayyah...
Inilah ucapan yang terakir aku untuk ayah. Ayah telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi.Kini aku hilang satu tempat berganti.

Dua hari sebelum ayah pergi, aku mendapat result SPM. Aku gembira kerana resultku cemerlang,aku segera pulang ke rumah. Sesampai di rumah orang yang pertama aku jumpa dan bersalam adalah ayah.ketika itu ayahku tenat melawan penyakit misteri yang tidak diketahui. Berderai mutiara keluar dari mataku melihat keadaan ayah ketika itu. semua adik-bradikku pulang ke rumah melihat keadaan ayah. permintaan ayah untuk kali terakir dari anak-anaknya adalah untuk makan dan berehat bersama-sama. anak-anak saudaraku semua memeluk atuknya ketika itu.aku semakin sebak melihat anak-anak saudaraku.. ayah memanggil aku untuk memberi pesanan untuk kali terakhir.

aku sedih,aku menahan mutiaraku daripada jatuh berderai ke tanah. ayah seorang yang baik dan tinggi budi bahasanya. dia memesan kepadaku, agar belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menjaga ummi setiap masa..semua anak-anaknya dipesan dan diberi nasihat. along adalah orang yang banyak menerima pesanan dan tanggungjawab dari ayah. aku kesihan melihat along ketika itu.

pagi-pagi lagi aku bersiap untuk ke sekolah.aku perlu mengisi borang kemasukan ke universiti. aku rasa seolah-olah tidak mahu pergi, tapi aku terpaksa.

pukul 12 tengahari aku telefon kepada kakak iparku untuk ambilku dari sekolah. hatiku berdebar-debar ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya tidak terjadi apa-apa kepada ayah. "kenapalah lambat sangat kak su ni datang",aku menolong dalaman. fikiran aku melayang dan hanya terfikirkan ayahku sahaja ketika itu. pukul 1 petang baru kakak iparku sampai. sepanjag perjalanan,dia memboceng motor dengan lajunya. aku rasa seolah-olah terjadi something kepada ayahku.

sesampai di rumah, aku melihat saudaraku ramai dan jiran-jiranku mengujungi rumahku. aku cepat-cepat membuka kasut dan aku mendapati ayahku koma... Aaa.yyaahh, aku bersuara. aku kuatkan semangat untuk mendekati ayahku...along dan acik bersiap untuk hantar ayah ke hospital..

keesokkannya, angah suruh aku memersihkan rumah kerana ibuku memberitahu ayahku akan dibawa pulang.aku terdengar angah bercakap dengan kak uda ayah menghidapi penyakit kanser. doktor baru sahaja baru tahu semalam. setahuku kanser tiada penawar dan betullah sangkaan aku selama ini!!!!.

pada pukul 1 petang ayah dibawa pulang ke rumah. keadaan ayah ketika itu lemah, pucat dan Short of breath (SOB). aku membaca surah Yassin untuk ayahku. ramai yang mengunjugi rumahku.ayah aku dipanggil menyahut seruan Ilahi pada pukul 3.30petang. aku tidak tahu untuk berbuat apa ketika itu.

##sayangilah ketika orang itu masih ada##
ku hadiahkan Al-Fatihah untuk ayah. segala kenangan bersamamu akan ku ingat setiap masa dan saat. Engakulah ayah yang terbaik di dunia ini.

No comments:

Post a Comment